Skip to main
Logo Malaysiakini

Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 170 orang

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Angka kematian akibat wabak koronavirus baru di China meningkat kepada 170 orang dengan jumlah kes jangkitan kini mencecah lebih 7,000 di negara itu.

Peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di seluruh dunia kini mencecah 7,251, lapor South China Morning Post.

Sementara itu, sebanyak 1,032 lagi kes baru disahkan di Hubei menjadikan jumlah kini melonjak hingga 4,586 kes di wilayah berkenaan.

Sebanyak 12 negara melaporkan penularan wabak Novel Koronavirus dengan kes baru dilaporkan di Finland dan Emiriah Arab Bersatu.

Reuters melaporkan Finland mengesahkan kes jangkitan pertama membabitkan warga China berusia 32 tahun dari Wuhan.

Singapura pula dilapor merekodkan jumlah jangkitan sebanyak 10 kes dengan pertambahan tiga lagi kes baru.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.