Skip to main
Logo Malaysiakini

Koronavirus: Kes ke-8 disahkan di Malaysia libatkan warga China

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu lagi pertambahan kes positif koronavirus baru, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak lapan kes

Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, kes terbaru itu melibatkan seorang wanita warganegara China berusia 49 tahun, yang juga merupakan seorang isteri kepada salah seorang pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Mangsa katanya sebelum ini dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Noor Hisham berkata setakat ini kes pesakit di bawah biasatan (PUI) bagi jangkitan bagi wabak berkenaan adalah seramai 89 orang.

Daripada jumlah itu seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga (3) kes PUI disahkan positif dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (2) dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (1).

Manakala 81 kes PUI adalah negatif dan lima (5) masih menunggu keputusan makmal.