Imam muda ditiduh tipu pengurus untuk sijil nikah
Seorang imam muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengurus syarikat minuman berjumlah RM3,800 bagi mendapatkan sijil nikah yang sah.
Mohd Mustakim Ithnin, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.
Tertuduh didakwa telah menipu Fazal Mohd Hussain, 40, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan sijil nikah Malaysia yang sah.
Oleh itu tertuduh dengan curangnya telah mendorong mangsa untuk menyerahkan pembayaran sebanyak RM2,500 melalui serahan tangan dan RM1,300 yang dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut jika tidak diperdaya oleh tertuduh.
Mohd Mustakim dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai makan di Jalan Ipoh di sini, antara 7 dan 18 Oktober tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dengan alasan menanggung dua anak.
Semasa Tawfiq bertanyakan isteri tertuduh mengenai pekerjaan suaminya, wanita itu memberitahu suaminya adalah seorang imam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai