Skip to main
Logo Malaysiakini

Saya takut untuk batuk, kata pelajar Asia di ASU

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pelajar Asia di Universiti Arizona (ASU) Amerika Syarikat mendakwa diri mereka menjadi bahan jenaka, renungan dan dipulaukan di kampus. Semua ini susulan kes koronavirus Wuhan yang disahkan di universiti itu.

"Saya batuk di kelas dan semua orang merenung saya. Saya takut untuk batuk," kata seorang pelajar yang tinggal di kampus kepada Business Insider.

Mengakui terdapat perubahan yang jelas dalam hubungan antara pelajar Asia dan bukan Asia, pelajar baru yang tidak dinamakan untuk melindunginya, menyifatkan keadaan itu sebagai "histeria".

Wabak koronavirus, menurut pelajar itu, menyaksikan perpecahan sosial dan budaya di kalangan pelajar antarabangsa dari China di ASU "semakin ketara."

Pelajar Vietnam juga mendakwa bahawa dalam salah satu kelasnya, pelajar juga menghindari seorang pembantu pengajar berbangsa China.

"Dalam kelas saya, tiada siapa yang mahu duduk di sebelah saya kecuali tidak ada kerusi yang kosong," katanya.

[Baca berita penuh]