'Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang tidak dibatalkan’
Pesuruhjaya Lembaga Endowmen Hindu Negeri Pulau Pinang, Satees Muniandy memohon pihak berkuasa supaya bertindak ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu mendakwa bahawa sambutan tahunan Thaipusam di Pulau Pinang akan dibatalkan susulan penyebaran koronavirus.
Satees, yang juga adalah Adun Bagan Dalam, berkata Thaipusam, yang jatuh pada 8 Februari, akan disambut seperti yang dirancangkan.
"Setakat yang saya tahu, tidak ada rancangan untuk membatalkan Thaipusam.
"Minggu lalu, kami mengadakan mesyuarat jawatankuasa persediaan Thaipusam yang dipengerusikan oleh pengerusi lembaga pengarah P Ramasamy dan acara itu akan disambut seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Tolong henti menyebarkan berita palsu. Berita palsu ini lebih berbahaya daripada virus itu," kata Satees.
Dalam kenyataannya awal hari ini, Satees merujuk kepada beberapa hantaran di media sosial yang menyebarkan maklumat palsu bahawa "sambutan Thaipusam di Pulau Pinang akan digantung / dibatalkan kerana penyebaran 2019-nCoV".
Satees berkata, masih ada yang terus menyebarkan berita palsu walaupun pihak polis telah menahan beberapa individu kerana berbuat demikian.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai