Skip to main
Logo Malaysiakini

Suspek ke-10 kes gaduh di Machang direman 7 hari

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Suspek ke-10 yang terlibat dengan pergaduhan di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Machang sehingga menyebabkan dua kematian Isnin lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di sini.

Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Tok Burung, Bachok pada pukul 6.30 petang semalam.

Selasa lepas, lapan lelaki berusia antara 23 hingga 39 tahun direman tujuh hari manakala pada Rabu seorang lagi suspek lelaki berusia 37 tahun, juga direman selama tujuh hari.

Kesemua suspek itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang menyebabkan dua orang terkorban di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Machang, Isnin lepas.

- Bernama