Skip to main
Logo Malaysiakini

Jumlah kematian akibat koronavirus mencecah 304

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Jumlah kes koronavirus di China meningkat sebanyak 2,590 iaitu kini mencecah 14,000 orang direkodkan sejak semalam.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara, angka kematian ekoran wabak tersebut di China juga telah direkodkan sebanyak 304 kes sejak semalam, lapor berita saluran tempatan China CCTV.

Manakala, jumlah kematian di wilayah pusat Hubei, China turut meningkat dari 45 hingga 294 kes sejak Sabtu, lapor sebuah saluran televisyen China hari ini.

Terdapat lebih 1,921 kes yang dikesan di Hubei - pusat wabak itu - dan ini membuatkan jumlah memuncak kepada 9,074 di wilayah tersebut.

Sementara itu, ibu kota Hubei, Wuhan – di wilayah mana wabak tersebut mula terseba r- melaporkan 32 jumlah kematian terkini.

Sejumlah 224 orang di Wuhan terkorban akibat virus itu setakat ini.

Kes terbaru juga dikesan di Huanggang – kira-kira 60km dari timur Wuhan- dengan jumlah meningkat sebanyak 276 kes direkodkan sehingga semalam.

Wilayah Hubei telah mengenakan perintah kuarantin sejak minggu lalu, yang membawa kepada penutupan jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan awam.