Skip to main
Logo Malaysiakini

Malindo Air gantung dua lagi penerbangan ke, dari China

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan Novel Koronovirus 2019 di Wuhan, China.

Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu – Tianjin – Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1-29 Feb, 2020 dan Johor Baru – Guangzhou – Johor Baru berkuat kuasa 11–29, Feb, 2020.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Jan, 2020 sehingga makluman selanjutnya.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

"Penumpang yang mempunyai tempahan sah bagi perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta bagi laluan Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi kami di nombor +603-78415388 atau mengunjungi pejabat tiket bagi bantuan lanjut.

“Malindo Air juga akan terus memantau situasi di China kerana keselamatan penumpang dan pekerja sememangnya menjadi keutamaan kami," katanya.

Syarikat penerbangan akan turut memaklumkan sebarang perkembangan kepada penumpang menerusi laman sesawang Malindo Air.

- Bernama