Skip to main
Logo Malaysiakini

Gadis Wuhan rintih belas kasihan

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

ULASAN l Saya seorang gadis Wuhan yang tinggal di Hong Kong. Buat masa sekarang, semua keluarga terdekat saya dikurung di kampung halaman, iaitu di pusat epidemik ini.

Setiap hari, saya bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mental mereka. Mereka juga bimbang bahawa saya akan bimbang tentang mereka! Saya pasti sesiapa yang berjauhan daripada ibu mereka boleh mengaitkan diri dengan kitaran cinta yang lucu ini.

Saya juga adalah penerbit berita dan menyedari tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kekecewaan dan kemarahan. Saya bersyukur kerana rakan-rakan wartawan yang tidak kenal lelah di luar sana, yang sentiasa melaporkan kepada dunia mengenai pertempuran melawan koronavirus ini.

Saya memahami dan menyokong langkah-langkah fizikal yang diambil oleh syarikat penerbangan, kerajaan dan institusi sebagai kawalan dan pencegahan. Tetapi pada masa yang sama, saya ingin menjemput anda semua untuk tidak membina tembok di hati kita.

Saya merujuk kepada trend diskriminasi terhadap orang China dan kadang-kadang mereka yang menyerupai seperti kami.

Virus ini membawa kematian dan ketakutan. Ia juga mendedahkan kebenaran yang menakjubkan - bahawa kita semua saling berkaitan, jauh lebih rapat daripada yang kita fikirkan.

Plato mendakwa bahawa alam semesta adalah satu-satunya organisma hidup. Tetapi kita tidak perlu melihat kepada Plato untuk mengetahui bahawa dunia hanya dapat bertahan dalam krisis ini jika China berjaya melaluinya. Dan China hanya boleh berjaya apabila Wuhan disembuhkan. Suka atau tidak, inilah realiti kesatuan kita.

Saya faham ada kalanya sukar untuk memahami kesatuan ini kerana kita tahu hanya begitu sedikit tentang satu sama lain dan kita kelihatan begitu terpisah.

Atas sebab itu saya ingin memberitahu kamu serba sedikit tentang kampung halaman saya:

'Spagheti' dan sos bijan

Kampung halaman saya terkenal dengan hidangan mi yang sedap. Ia mempunyai tekstur yang sama dengan spageti, direndam dalam sos bijan, dengan taburan daun bawang segar di atasnya.

Saya masih ingat dengan jelas kali pertama datuk saya membeli semangkuk mi ini untuk saya. Mata saya terbeliak. Merenung mi berkilat dalam sos bijan perang, saya menjerit "mi coklat"! Datuk saya tersenyum: "Ini namanya 'mi pedas kering’.” Dan saya menjadi kawan baik dengan mereka sejak itu.

Bunga teratai dan seribu tasik

Anda mungkin telah mengetahui bahawa Wuhan adalah ibunegeri wilayah Hubei. Hubei sebenarnya mempunyai nama lain - wilayah seribu tasik.

Kebanyakan tasik di dalam atau di sekitar Wuhan. Apa istimewa tasik itu?

Satu tan bunga teratai! Dan ya, tasik dan bunga teratai adalah gambar yang begitu menarik untuk gambar di Instagram pada musim panas! Tetapi apa yang tidak boleh anda rakamkan adalah wangian dari kelopak merah jambu dan daun hijau itu.

Mereka membentuk sebahagian daripada kenangan zaman kanak-kanak saya yang terbaik.

Juara tenis Li Na dan 'pemberontak' lain

Kami dari Wuhan sentiasa berbangga dengan legenda tenis kami, Li Na - juara perseorangan Grand Slam China yang pertama (2011, Terbuka Perancis).

Dia pemain pertama di Asia yang disenaraikan International Tennis Hall of Fame (2019). The New York Times melabelnya sebagai "Pemberontak Tenis" China. Semangat pemberontakan itu mempunyai beberapa akar yang mendalam!

Pada tahun 1911, pemberontakan bersenjata di Wuchang, sebuah daerah di Wuhan hari ini, mencetuskan Revolusi Xinhai yang akhirnya menggulingkan dinasti kekaisaran terakhir China, Qing.

[Baca berita penuh]


YULI YANG adalah wartawan dari Hong Kong.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.