Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban koronavirus di China kini lebih 500 orang

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Jumlah kematian akibat novel koronavirus di China meningkat kepada 563 orang dan jumlah kes disahkan mencecah 28,018, lapor agensi berita Sputnik memetik jawatankuasa kesihatan negara China pada Khamis.

Seramai 1,153 orang dibenarkan keluar hospital.

"Setakat tengah malam 5 Feb, jawatankuasa kesihatan negara menerima maklumat dari 31 wilayah ... kira-kira 28,018 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan novel koronavirus, 3,859 berada dalam keadaan kritikal, 563 meninggal dunia, 1,153 dibenarkan keluar hospital," kata jawatankuasa itu.

Pada Rabu, jumlah keseluruhan kes di tanah besar China sebanyak 24,324 dengan 490 kematian.

-Bernama