Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangkitan koronavirus di Mid Valley, Hospital Sunway Cheras berita palsu

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.

KKM dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa kedua-dua mesej tersebut adalah berita palsu dan tiada kes koronavirus dikesan kawasan tersebut.

“Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu,” menurut kenyataan itu.

- Bernama