Koronavirus: Angka kematian kini meningkat kepada 908
Angka kematian akibat wabak koronavirus baru di tanah besar China meningkat kepada 908 orang pada Ahad, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) semalam.
Bilangan kematian baru pada Ahad meningkat sebanyak 97, kata NHC dalam satu kenyataan di laman webnya, yang menunjukkan peningkatan setiap hari.
Wilayah Hubei, yang menjadi pusat permulaan wabak itu, melaporkan 91 kematian pada Ahad, manakala di ibu kota wilayahnya, Wuhan, merekodkan 73 kematian.
Jumlah jangkitan baru yang disahkan di tanah besar China pada Ahad juga meningkat, selepas merosot pada hari Sabtu buat kali pertama sejak 1 Feb.
Terdapat 3,062 jangkitan baru yang disahkan pada Ahad di seluruh China, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 40,171 kes.
- Reuters
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai