Skip to main
Logo Malaysiakini

Bekas CEO HRDF lega 'penderitaan dah berakhir'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Bekas ketua pegawai eksekutif Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) CM Vignaesvaran menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membersihkannya daripada sebarang salah laku.

"Saya gembira kerana selepas hampir dua tahun melalui penderitaan ini, ia sudah berakhir," kata Vignaesvaran kepada Malaysiakini hari ini.

Vignaesvaran juga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertindak profesional dan adil dalam menjalankan siasatan mereka.

"Saya hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan berharap dapat dilantik ke sesuatu jawatan," katanya mengulas mengenai perancangan masa depannya.

Difahamkan SPRM telah memaklumkan bahawa kes terhadapnya telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" dalam satu surat bertarikh 5 Feb.

Pada Jun 2018 - sebulan selepas PH memenangi pilihan raya umum - HRDF yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia mengumumkan Vignaesvaran telah mengemukakan peletakan jawatannya.

Pada masa itu, HRDF mendapat perhatian media kerana dakwaan penyalahgunaan dana sebanyak RM300 juta.

Pada Nov 2018, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran pada berkata berjuta wang HRDF digunakan untuk membeli hartanah dan membayar gaji sertan bonus beberapa kepada pihak tertentu.

Dalam beberapa kes, katanya, perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan lembaga pengarah HRDF.

Beliau juga mendakwa bahawa beberapa penyedia latihan dan kakitangan pengurusan HRDF tertentu menyalahgunakan dana di bawah nama latihan.

[Baca berita penuh]