Rangka manusia dalam tong sampah, polis masih kenal pasti identiti
Ketua Polis Pulau Pinang, T Narenasagaran memaklumkan pasukan itu masih belum mengenal pasti identiti mangsa berikutan kes penemuan rangka manusia di dalam tong sampah di tepi jalan Paya Terubong, dekat George Town pada 29 Jan lepas.
"Polis sedang semak maklumat mengenai orang hilang di samping turut menunggu keputusan DNA (asid deoksiribonukleik).
"Kita mohon waris atau sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau orang yang tidak dapat dihubungi dalam masa yang lama supaya datang ke balai untuk polis buat semakan jika adanya kaitan dengan kes ini," katanya, lapor Bernama.
Narenasagaran berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, di Butterworth hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau dipetik Bernama berkata polis Pulau Pinang mengingatkan pihak sekolah di negeri ini supaya tidak menyembunyikan sebarang salah laku atau aktiviti jenayah membabitkan pelajar dan warga sekolah.
Menurut Narenasagaran, maklumat awal adalah perlu untuk membolehkan langkah pencegahan sewajarnya dapat diambil.
"Kita mohon kepada pihak sekolah supaya jangan menyembunyikan sebarang salah laku mahupun jenayah yang melibatkan warga sekolah kerana kita nak bendung dari awal, itu yang lebih penting," katanya.
Menerusi program itu, katanya seramai 834 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis ditugaskan memantau sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai