Dua penumpang kapal persiaran mati akibat Covid-19
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
GLOBAL l Media Jepun hari ini melaporkan dua warga emas yang dikuarantin kerana positif dijangkiti Covid-19 dalam kapal persiaran di perairan negara itu telah meninggal dunia.
Menurut AFP yang memetik laporan agensi penyiaran NHK dan media tempatan, mereka yang mati itu adalah seorang penumpang lelaki dan seorang wanita yang kedua-duannya sekitar usia lingkungan 80-an.
Setakat ini, tiada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Jepun.
Ini adalah kematian pertama Covid-19 yang membabitkan 600 orang daripada 3,711 penumpang dan kru kapal persiaran Diamond Princess yang disahkan dijangkiti wabak berkenaan.
Kapal persiaran itu diperintah untuk dikuarantin selepas berlabuh di pelabuhan di Yokohama, sejak 5 Februari lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai