Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Rasa macam dalam syurga’

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

  • Dikemas kini dengan kenyataan anggota keluarga yang lain.


Anggota keluarga yang dilucutkan pertuduhan terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) menyambut baik keputusan Peguam Negara Tommy Thomas.

“Sudah masuk lebih 140 hari. Sebenarnya saya sangat letih. Hari ini sejak pagi (kami) pergi serah memorandum dan sebagainya.

“Tapi dapat berita bapa saya akan dibebaskan, saya rasa macam di syurga,” kata Annun Nancy Gunasekaran, anak anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaran.

Annun Nancy berkata, bagi menyambut kepulangan wakil rakyat DAP itu, mereka akan mengadakan upacara sambutan.

“Emak saya telah pun sediakan air kunyit untuk menyambut bapa saya ke rumah,” katanya.

P Gunasekaran

Tommy hari ini melaksanakan kuasa budi bicara untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan dikaitkan dengan LTTE berkuat kuasa serta-merta.

Beliau antaranya berkata menganggap kesalahan jenayah hanya kerana hanya mempunyai gambar pemimpin LTTE akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

Perhimpunan anti-Sosma yang digunakan terhadap suspek yang mempunyai kaitan dengan LTTE, di ibu negara baru-baru ini

Sementara itu, isteri dua lagi tahanan B Subramaniam and V Balamuragan turut melahirkan rasa gembira atas perkembangan terbaru itu.

“Hari ini keadilan telah ditegakkan,” kata pasangan hidup Subramaniam, Lalitha Nagappan.

Isteri Balamurugan, Gowri Jayaraman, 32, pula menggesa pihak berkuasa membebaskan tahanan secepat mungkin.

“Walaupun suami saya ada masih satu kes pada 24 Februari, saya harap ia tidak menjadi gangguan kepada pembebasan dia,” katanya.

Sementara itu, Tamilmalar Masilamani, isteri kepada pengusaha besi buruk A Kalaimughilan, berkata mereka akan memulakan hidup baru selepas apa yang berlaku.

“Apa yang penting ialah kehidupan kami selepas saat-saat sukar ini,” kata perunding kewangan peribadi berusia 26 tahun itu.