Skip to main
Logo Malaysiakini

Indeks harga pengguna meningkat 1.6%

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Indeks Harga Pengguna meningkat 1.6 peratus berbanding tahun lepas.

Data yang dikeluarkan menunjukkan peningkatan tertinggi dalam masa dua tahun.

Kadar inflasi tahunan adalah sama seperti yang dijangkakan oleh ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters.

Ia turut menunjukkan peningkatan tertinggi sejak Mei 2018 apabila meningkat sebanyak 1.8 peratus.

Pada Disember, kadar inflasi ini adalah sebanyak satu peratus.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, kadar inflasi pada Januari dipengaruhi oleh sektor pengangkutan.

Sektor tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 3.9 peratus ekoran daripada harga minyak yang meningkat.

Sementara itu, data tersebut juga menunjukkan kesemua 12 sektor yang lain juga turut mengalami kenaikan harga mengikut indeks kecuali sektor tekstil, dengan penurunan sebanyak 1.2 peratus.

Bank Negara Malaysia mengesahkan kadar inflasi akan kekal pada tahap memuaskan tahun ini, walaupun lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

[Baca berita asal]