Najib, Rosmah habiskan 3 jam periksa barangan disita di BNM
Bekas perdana menteri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan anak mereka Nooryana Najwa selesai melakukan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, ACP Amran Yaacob berkata pasangan itu bersama anaknya melakukan pemeriksaan berkenaan lebih tiga jam sejak tiba di BNM pada jam 9.15 pagi.
“Mereka ditemani peguam masing-masing dan proses itu berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur.
Amran berkata pihaknya akan menentukan sama ada satu pemeriksaan semula dilakukan selepas ini.
Pada 3 Feb lepas, Bernama melaporkan Hakim Mohamed Zaini memerintahkan pendakwa raya membenarkan Najib, Rosmah dan Nooryana memeriksa barang berkenaan secara fizikal.
Antara syarat ditetapkan pemeriksaan itu mesti dilakukan di premis yang ditetapkan oleh pihak pendakwaan dan hanya dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu dari tarikh perintah dikeluarkan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai