'Hanya hari biasa di pejabat' - Dr M
"Just another day in the office" atau terjemahannya “Seperti biasa satu hari lagi di pejabat.”
Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi di Instagram, Twitter dan Facebook beliau tiga keping gambar dirinya sedang bekerja di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Beliau dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada 9.29 pagi.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam mengumumkan Al Sultan Abdullah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Zuki berkata dalam tempoh itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.
Beliau juga berkata Al-Sultan Abdullah, atas nasihat perdana menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai