Najib 'bintangi' siri dokumentari Netflix
Bekas perdana menteri Najib Razak bakal tampil dalam musim kedua siri dokumentari terkenal Netflix, Dirty Money.
Najib dijangka tampil dalam episod “Man at the top”, yang diarahkan Zach Heinzerling.
Berdasarkan penerangan Netflix untuk episod berkenaan, dokumentari itu akan menampilkan sesi temu bual bersama Najib.
Berikut ialah penerangannya:
“Lihat dengan lebih dalam bagaimana berbilion diseleweng daripada sebuah dana pelaburan negara Malaysia - dikenali dengan nama 1MDB - digunakan untuk memenuhi poket orang termasuk selebriti Hollywood, eksekutif-eksekutif Goldman Sachs, dan anggota tertinggi kerajaan Malaysia. Ini termasuk sesi temu bual dengan bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak.”
Najib kini berdepan perbicaraan membabitkan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB dan anak syarikatnya SRC International. Dia turut dibicarakan kerana didakwa meminda laporan audit 1MDB.
Dirty Money ialah rancangan berunsur penyiasatan terhadap rasuah dalam kerajaan atau syarikat korporat.
Musim kedua dijangka mula disiarkan pada 11 Mac.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai