Skip to main
Logo Malaysiakini

Saifuddin ganti Saifuddin

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Ketua Setiausaha sekretariat Pakatan Harapan (PH).

Difahamkan pelantikan itu diputuskan oleh pemimpin tertinggi PH semasa mesyuarat di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Saifuddin ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya.

"Ya. Keputusan itu dibuat lebih awal hari ini semasa Harapan mesyuarat majlis presiden.

"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Saifuddin mengambil alih jawatan itu daripada Saifuddin Abdullah, yang letak jawatan PKR dan menyertai Bersatu awal minggu ini.

Bersatu, sebelum ini sebahagian daripada PH namun mengisytiharkan keluar dari gabungan itu untuk membentuk kerajaan dengan Umno, PAS, MCA, MIC dan GPS.