Skip to main
Logo Malaysiakini

Media Prima tak sambung kontrak bos berita

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kontrak Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Manja Ismail dilaporkan tidak akan disambung dan beliau telah diminta untuk meninggalkan syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, itu.

Manja walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

No comment (tiada komen),” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, beberapa sumber terdekat kumpulan media prima itu mengesahkan perkara tersebut.

"Betul. (Tapi) aku pun tak pasti (atas alasan apa). (Mesyuarat) town hall pukul 4 petang ini dan pengganti dia dah masuk dan jumpa bos," katanya.

Sumber itu enggan mendedahkan siapa pengganti itu.

Namun, menurut seorang lagi sumber, kontrak Manja sudah berakhir bulan ini.

"Memang dah habis kontrak dan bos baru akan masuk," katanya ringkas.

Manja Ismail mula menjalankan tugas sebagai Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa RTMP pada 20 Mei 2018 selepas Mohd Ashraf Abdullah meletakkan jawatan.

Kedua-dua mereka dikatakan rapat dengan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Semalam, Muhyiddin Yassin mengantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.