Skip to main
Logo Malaysiakini

Bekas menteri, timbalan negatif Covid-19

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Seorang bekas menteri dan timbalannya yang mempunyai kotak rapat dengan pesakit Covid-19 telah diuji negatif untuk virus itu, demikian kata Kementerian Kesihatan.

"Keputusan ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati bahawa kedua-dua ujian adalah negatif," kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, bekas menteri itu memberitahu Bernama dia menjalani kuarantin sukarela di rumah.

Timbalan menteri yang menjalani ujian juga difahamkan berada di bawah kuarantin sendiri.

Mereka berdepan kontak rapat dengan pesakit ke-26, iaitu pegawai kanan di Khazanah Nasional Bhd dan Uda Holdings Bhd pada 27 Feb lalu.

Salah seorang ahli politik adalah daripada Perikatan Nasional manakala yang lain adalah Pakatan Harapan.

Sementara itu Noor Hisham berkata pesakit itu berada pengasingan di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil.

Lima orang ahli keluarga dan seorang pegawai khas yang mendapat hubungan rapat dengan pesakit 26 telah diuji negatif untuk koronavirus.

Pengesanan kenalan selanjutnya masih berterusan.