Skip to main
Logo Malaysiakini

Protes ‘Selamatkan Malaysia’ - polis siasat aktivis Fadiah Nadwa

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Aktivis Fadiah Nadwa Fikri sedang disiasat oleh polis Bukit Aman berhubung perhimpunan awam ‘Selamatkan Malaysia’ pada malam Sabtu lalu semasa kegawatan politik negara sedang memuncak.

Sebelum merakamkan kenyataannya, peguam itu bercakap kepada para wartawan dan memberitahu bahawa rakyat Malaysia begitu jijik dengan apa yang berlaku di dalam landskap politik negara, hari ini.

"Ini bukan mengenai saya, ini mengenai rakyat Malaysia yang begitu jijik dengan apa yang sedang berlaku," katanya di luar pintu utama ibu pejabat polis di Kuala Lumpur, hari ini.

Sekumpulan 20 orang, termasuk Marina Mahathir, turut berkumpul di situ untuk meluahkan sokongan mereka kepada Fadiah.

Beliau didakwa memuat status di media sosial yang mengajak orang ramai menghadiri perhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap “pengkhianatan” yang berlaku dalam politik tanah air.

Pengarah CID Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata Fadiah sedang disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan itu dibantah oleh NGO hak asasi manusia dan kumpulan peguam atas alasan mengekang kebebasan bersuara.

[Baca berita penuh]