Skip to main
Logo Malaysiakini

Nga nafikan spekulasi Adun DAP Perak ‘lompat’ parti

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan khabar angin bahawa dua wakil rakyatnya akan melompat parti untuk menyertai blok Perikatan Nasional (PN) di Perak.

"Ini tidak berlaku," kata Nga yang dipetik oleh portal berita Malay Mail Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa tiga Adun Pakatan Harapan - satu dari PKR dan dua dari DAP - dijangka berpaling tadah dan akan menyertai kerajaan baru.

Seorang ahli exco Perak, yang enggan identitinya dididedahkan, memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa rakannya bersedia untuk mengemas pejabat mereka setelah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH)tidak lagi mempunyai majoriti.

"Kami (PH Perak) jangkakan sekurang-kurangnya tiga wakil PH akan 'melompat' kepada kerajaan baru," kata exco itu.

Rancangan pembelotan dikatakan semakin jelas selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri akan menyusuli langkah kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, The Star memetik exco Perak dan ADUN Tronoh, Paul Yong, menafikan khabar angin bahawa dirinya adalah antara mereka yang merancang untuk keluar dari parti itu.

"Siapa yang kata? Saya masih bersama DAP.

"Khabar angin ada di mana-mana, tetapi saya masih ahli DAP yang setia, dan saya tidak akan meninggalkan DAP untuk menyertai mana-mana parti lain," katanya di luar Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini.

[Baca berita penuh]