Skip to main
Logo Malaysiakini

Mufti lawat Muhyiddin, serah buku penjelasan isu semasa

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.

Ia merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua tokoh itu, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, pada Ahad lepas.

Zulkifli dilihat menyerahkan buku tulisannya Bayan Linnas: Penjelasan Isu-Isu Semasa dan kitab Matla' Al Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani, yang disusun semula dan dikemaskini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kepada Muhyiddin.

Tokoh agama yang dekat di hati masyarakat itu kemudiannya diberikan penghormatan membacakan doa yang antara lain, memohon agar Perdana Menteri dikurniakan kekuatan dan kesejahteraan untuk memimpin negara, ke arah lebih cemerlang.

Usai doa, kedua-dua mereka meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan empat mata yang berlangsung selama 45 minit.

-Bernama