Ambiga, Marina dan 16 orang mengadap polis hari ini
Seramai 18 orang aktivis, termasuk S Ambiga dan anak bekas perdana menteri Marina Mahathir, disiasat polis susulan beberapa siri demonstrasi selepas perubahan kerajaan baru-baru ini.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil dan Naib Ketua Pemuda Amanah Abbas Azmi turut dipanggil untuk disoal siasat.
Kenyataan mereka dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, dalam dua sesi berbeza - pada jam 12 tengah hari dan 3 petang.
Kecuali aktivis Fadiah Nadwa Fikri yang disiasat bawah tiga akta, kesemua mereka disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis sebelum berhimpun.
Fadiah turut disiasat bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka yang disiasat ialah:
- S Ambiga
- Marina Mahathir
- Muhammad Faiz Fadzil
- Fadiah Nadwa Fikri
- E Nalini
- Asheeq Ali
- Liew Liang Hong
- Wong Yan Ke
- Nik Azura Nik Nasron
- Amir Hariri Abd Hadi
- Asmalif Abdul Adam
- Abbas Azmi
- Amar Atan
- Beverly Joemen
- Aishah Adam
- Azam Mekhtar
- Rennddypeper Ismail
- Dobby Chew
- Ridzuan Abu Bakar
Peraturan tak logik, kata Marina
Bercakap kepada pemberita selepas soal siasat, Marina berkata peraturan notis itu tidak logik kerana apa yang berlaku tidak dapat dijangka.
“Kalau kita tahu apa yang akan jadi 10 hari awal, barulah boleh hantar notis.
“Kalau begitu, semua orang di sini, yang hadir bersetiakawan (dengan kami) pun boleh dipanggil juga,” katanya.
Ambiga pula berkata siasatan itu bukan permulaan yang baik untuk sebuah kerajaan baru.
“Lepas apa yang berlaku kamu ingat rakyat akan berdiam diri saja,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.
Sementara itu, Faiz mempertahankan tindakan mereka berhimpun.
Katanya, rakyat biasa hanya tampil menyuarakan pendapat.
“Polis sepatutnya bekerja secara bebas dan menyiasat ahli DUN atau ahli parlimen yang lompat parti sama ada wujud unsur-unsur jenayah yang menyalahi undang-undang,” kata Faiz.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai