Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengkhianat guna nama Dr M, tarik MP Bersatu keluar PH - Syed Saddiq

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamaf tidak sepatutnya dipersalahkan kerana kegagalan politik minggu lalu, yang menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan kuasa persekutuan.

Syed Saddiq berkata pengkhianat di dalam Bersatu menggunakan nama Dr Mahathir untuk menarik anggota Parlimen ke Sheraton Hotel pada Feb 23, di mana anggota Umno dan PAS hadir untuk membentuk satu persekutuan baru untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.

Majlis itu yang kini dikenali sebagai "Langkah Sheraton" pada Ahad sebelum kerajaan PH runtuh dikatakan anjuran timbalan presiden PKR yang dipecat Mohamed Azmin Ali bagi mendapatkan sokongan untuk Mahathir.

"Semasa mesyuarat sebelum ini untuk membincangkan isu (Bersatu di Harapan), Dr Mahathir merayu tiga kali kepada kepimpinan partinya untuk tidak menyebabkan dia meninggalkan prinsipnya (untuk tidak berkerja dengan Umno).

"Beliau menegaskan tidak mahu bekerja dengan Umno kerana itu, beliau meminta masa untuk menyelamatkan keadaan.

"Dia tidak tahu apa yang berlaku di Sheraton tetapi namanya sentiasa digunakan untuk memberitahu Ahli Parlimen Bersatu untuk meninggalkan Harapan," kata bekas menteri belia dan sukan pada majlis di Kedah, semalam.

Syed Saddiq turut menamakan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mat Arip (gambar, bawah) sebagai "pengkhianat nombor satu" parti, yang terus menggunakan nama bosnya bagi menarik anggota parlimen Bersatu untuk meninggalkan PH.

Syed Saddiq berkata pada Isnin lalu, Mahathir terpaksa meletakkan jawatan apabila partinya tidak lagi mendengar saranannya.

Peletakan jawatan Dr Mahathir dilihat sebagai "meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan tetapi bukan salah beliau, jelas MP Muar itu.

Syed Saddiq berkata keputusan besar untuk bekerja sama atau membentuk kerajaan dengan Umno sepatutnya dibincangkan bersama akar umbi parti.

"Tetapi adakah isu itu dirunding dengan akar umbi? Keputusan itu dibuat dengan tergesa-gesa tetapi apa yang berlaku sekarang, kita kehilangan Johor, (dan kita mungkin hilang) Perak dan Melaka juga.

"Johor adalah negeri jewel state yang kami ambil apabila menang pilihan raya lepas, tetapi kami telah kehilangannya sekarang," katanya mengeluh.

Syed Saddiq berkata Bersatu kini perlu menghadapi Umno dan PAS, yang merupakan blok besar parti Melayu.

"Di mana kita?" Soalnya.

Syed Saddiq mengingatkan anggota Bersatu mengenai sebab mengapa mereka menyertai parti itu yang dibentuk untuk memerangi kleptokrasi dan rasuah.

Katanya, keadaan ini mengulang semula kejadian yang terjadir kepada dirinya apabila dipecat daripada pekerjaan ketika era pentadbiran BN terdahulu, manakala ibunya pula diancam kerana anaknya terlibat dalam politik.

"Apa yang berlaku sekarang? Bersatu bekerjasama dengan Umno sekali lagi. Di manakah maruah kita?

"Jika saya tahu ini akan berlaku, kenapa saya menyertai Bersatu? Saya sepatutnya melanjutkan pengajian di (Univesiti) Oxford," katanya.

Syed Saddiq berkata pemimpun Bersatu yang membuka pintu kepada Umno untuk memasuki Putrajaya berbuat demikian atas dasar kedudukan dan kuasa.

Beliau mengulangi pendiriannya, berkata tidak akan berkompromi dan tidak akan bekerjasama dengan kerajaan kleptokrat pimpinan Umno seperti bekas perdana menteri Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.