Skip to main
Logo Malaysiakini

28 kes baru Covid-19, jumlah kini 83 orang

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Sebanyak 28 kes baru dikesan positif Covid-19 di negara ini setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kes, kata Kementerian Kesihatan.

Dalam satu kenyataan petang ini, kementerian itu berkata siasatan masih giat dijalankan dalam usaha membendung penularan virus berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 65 orang adalah rakyat Malaysia, 15 warga China dan tiga dari negara lain.

Mengenai kes ke-26 melibatkan Pengarah Eksekutif Khazanah, Hisham Hamdan, kementerian itu berkata seramai 18 orang yang mempunyai kontak dengannya didapati positif Covid-19.

Terdahulu, Hisham dalam kenyataannya berkata gelombang kedua jangkitan berkenaan bukan berpunca daripada dirinya.