Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Perbandaran Qatif di Arab Saudi ditutup

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Arab Saudi pada Ahad menutup kawasan perbandaran Qatif di timur negara ini dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Semua kes COVID-19 yang dikesan di Arab Saudi dilaporkan di Qatif, memetik seorang pegawai Kementerian Kesihatan.

Semua langkah pencegahan di kawasan kuarantin dipertingkatkan, urusan perniagaan di sektor awam dan kerajaan digantung sementara, kecuali perkhidmatan kesihatan, farmasi, stesen minyak dan keselamatan.

Arab Saudi turut menggantung aktiviti keluar dan masuk di rantau itu, namun perkhidmatan pengangkutan perdagangan dan produk makanan berjalan seperti biasa.

Kementerian Pendidikan turut mengumumkan operasi institusi pendidikan di seluruh negara digantung mulai Isnin.

Arab Saudi setakat ini mencatatkan sebanyak 11 kes.

-Bernama