Skip to main
Logo Malaysiakini

Sirim sahkan seorang kakitangan di Shah Alam positif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sirim Berhad (SIRIM) mengesahkan seorang daripada petugasnya di ibu pejabat di Shah Alam, positif Covid-19, semalam.

Sirim menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko virus itu merebak.

“Pekerja yang berhubung rapat dengan petugas yang dijangkiti itu juga telah menjalani ujian pengimbas seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan telah melakukan kuarantin diri sendiri untuk selama 14 hari.

“Kawasan yang terjejas itu dan perkarangan awam telah melalui sanitasi. Kami juga mengambil langkah tambahan seperti menyediakan ubat pencuci tangan di kawasan awam dalam persekitaran bangunan Sirim di Shah Alam dan di pejabat-pejabat Sirim negeri.

“Semua pelawat dikehendaki melalui ujian pengimbas di semua tempat masuk serta kerap menjaga kebersihan dan menjauhi kawasan sesak trafik dan kawasan awam setiap hari,” menurut kenyataan itu.

Meskipun pejabat Sirim di tempat lain belum lagi terjejas, syarikat telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kami akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman Covid-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan petugas, pelanggan dan pemegang saham kami,” menurut kenyataan itu lagi.

- Bernama