Isteri PM Kanada positif Covid-19
Sophie Gregoire Trudeau, isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, disahkan dijangkiti penyakit Covid-19, memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Bagaimanapun, setakat ini Trudeau tidak menunjukkan sebarang gejala yang berkaitan dengan penyakit itu.
Agensi berita Sputnik melaporkan pada Khamis, Trudeau dan isteri telah mengkuarantin diri mereka selepas Sophie menunjukkan gejala seperti selesema.
"Hari ini Sophie Gregoire Trudeau telah diuji positif ovid-19 dan telah diasingkan. Beliau dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan.
"Pegawai kesihatan akan mengesan kontak rapat dengan Sophie. Perdana Menteri dalam keadaan baik tanpa sebarang gejala. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari," memetik kenyataan pejabat presiden.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai