Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Kematian di China meningkat 3,179

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Jumlah kematian di China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 3,179 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.

Tujuh lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala lapan kes baharu dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan mencecah 80,813.

Enam kematian di pusat epidemik, wilayah Hubei dan satu di wilayah Shandong.

Jumlah kematian di seluruh dunia melebihi 4,900 orang, dengan lebih 134,000 kes disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

- Bernama