Skip to main
Logo Malaysiakini

Laporan: Selepas 3 ujian darah, individu disahkan negatif Covid-19

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Seorang penduduk Kinrara di Puchong, Selangor dilaporkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian darah.

Menurut Sinchew, individu itu disahkan negatif selepas menjalani ujian darah sebanyak tiga kali di Hospital Sungai Buloh.

Dia kemudian dibenarkan pulang ke rumah selepas ditempatkan di hospital itu.

Menurut Yan Wan Shun, pengerusi lembaga pegurusan pangsapuri yang didiami pesakit itu, pesakit itu pada awalnya disahkan positif Covid-19 di Hospital Serdang pada 9 mac lalu.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sehari kemudian.

Di sana, doktor mendapati keputusan ujian awal itu tidak tepat.

"Bagaimanapun, apabila penghuni (pesakit) dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, termasuk ujian darah, hasil ujian negatif.

"Untuk kepastian, hospital melakukan ujian darah sebanyak tiga kali, dan ketiga-tiganya negatif," katanya seperti dipetik.

Yan berkata lagi, pangsapuri tersebut telah dibersihkan dan menjalani proses disinfeksi.

"Pekerja pembersihan terus melakukannya setiap hari," katanya lagi.

Laporan Sinchew itu turut memaparkan gambar pencuci tangan disediakan pangsapuri itu, serta pekerja sedang membersihkan lif.

Yan menasihatkan penduduk dan orang ramai agar tidak panik, dan berharap mereka yang tinggal di pangsapuri itu tidak dijauhi di sekolah dan tempat kerja.