Pemuda DAP gesa bekas wakil rakyatnya letak jawatan
Pemuda DAP menggesa Adun Buntong dan Tronoh, yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH) di Perak, meletakkan jawatan kerana tidak menghormati hasrat pengundi.
Ketua Pemuda DAP Howard Lee berkata alasan kedua-dua wakil rakyat itu keluar parti demi demi menjaga kepentingan rakyat di kawasan mereka adalah alasan yang “tengin dan tongong”.
"Sejak bila menjadi pembangkang tidak boleh menjaga kebajikan rakyat? Yang selama ini bertahun-tahun kamu jadi pembangkang di Perak, rakyat masih sokong, bukan?
“Rakyat masih sokong dan memberi mandat untuk kamu mewakili mereka, bukan? Rakyat tetap sokong sehingga kita berpeluang jadi kerajaan, dan ada antara kamu, telah dilantik menjadi exco, bukan?" katanya dalam satu kenyataan.
Pada 9 Mac, Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam mengumumkan keluar DAP bersama Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang keluar Amanah.
Ketiga-tiga mereka keluar dari PH dan menyatakan sokongan mereka terhadap Faizal Azumu sebagai menteri besar, hanya setelah kerajaan PH jelas tumbang di Perak.
Mereka mendakwa keputusan keluar PH dan menyokong kerajaan baru dibuat bagi memastikan kawasan mereka mendapat bantuan dari kerajaan baru.
Ekoran Langkah Sheraton hujung Februari lalu, kerajaan PH tumbang akibat gerakan penjajaran politik bagi membentuk kerajaan baru.
Ini menyebabkan tiga negeri bertukar kerajaan baru, manakala enam lagi mengalami perubahan dari segi komposisi wakil rakyatnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai