Skip to main
Logo Malaysiakini

Tak perlu pembelian panik - KPDNHEP

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Penduduk Terengganu dinasihat agar tidak membuat pembelian panik barangan keperluan asas susulan pelbagai dakwaan palsu mengenai jangkitan Covid-19.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua stok bekalan barangan makanan dan keperluan yang lain adalah mencukupi.

“Malah KPDNHEP Terengganu turut memantau keadaan ini di semua peringkat dari pengilang, pembekal dan pemborong.

"Hasil pemantauan mendapati stok barangan keperluan dan makanan di Terengganu adalah mencukupi dan kita menasihati orang ramai agar tidak membuat pembelian panik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berlaku trend pembelian pengguna yang menampakkan tanda-tanda pembelian panik.  

- Bernama