Skip to main
Logo Malaysiakini

Lagi 120 kes baru Covid-19, jumlah kini 673

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Selain dua kematian pertama yang dicatatkan hari ini, Malaysia juga mencatatkan 120 kes Covid-19 baru yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 673 kes.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata daripada 120 kes baru itu, 95 kes mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur.

Semalam Malaysia mencatatkan masing-masing 125 kes, semantara dan 190 kes dilaporkan dua hari lalu.

Beliau menambah bahawa 12 pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan di unit rawatan intensif (ICU).

Ia mewakili peningkatan dua pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan. Bagaimanapun, jumlah semasa kekal sama selepas kematian dua pesakit.

Dua korban Covid-19 pertama hari ini melibatkan lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pesakit 178 dan pesakit kes ke-358 yang berusia 60 tahun.

Pesakit kes ke-358 dikatakan mempunyai sejarah penyakit kronik.

[Berita lanjut menyusul]