Vietnam: Penumpang Asean wajib jalani kuarantin
Rakyat negara Asean atau yang tiba dari negara lain, sudah tinggal atau transit di negara Asean dalam masa 14 hari sebelum masuk ke Vietnam wajib menjalani kuarantin, berkuatkuasa 18 Mac.
Tempoh kuarantin selama 14 hari bermula dari tarikh ketibaan.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Pengangkutan dan dimaklumkan kepada Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) pada 17 Mac, lapor agensi berita Vietnam.
Semua penumpang penerbangan domestik juga wajib mengisi borang pengisytiharan kesihatan semasa melakukan prosedur daftar masuk.
Syarikat penerbangan wajib menjalankan pemeriksaan suhu badan terhadap semua penumpang sebelum menaiki pesawat.
Setakat 17 Mac pagi, Vietnam mencatatkan 61 kes Covid-19, termasuk 18 warga asing.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai