Skip to main
Logo Malaysiakini

Perpustakaan Negara lancar kempen duduk rumah, baca buku

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku' selepas perdana menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkasa hari ini sehingga 31 Mac.

Menurut laman web rasmi PNM, kempen ini menyediakan lebih 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma yang boleh dilayari di www.u-pustaka.gov.my.

Terdahulu, pada 16 Mac PNM mengumumkan menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh PNM pada bulan Mac turut ditangguhkan sehingga 30 April.

Bagaimanapun, orang ramai boleh melayari perkhidmatan perpustakaan digital secara percuma.

Perintah Kawalan ini bertujuan membendung wabak Covid-19, yang kini telah meragut dua nyawa rakyat Malaysia dan menjagkiti lebih 600 orang.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan meninggalkan negara ini, manakala pelancong atau pelawat asing tidak dibenarkan masuk.

Semua perkhidmatan atau perniagaan ditutup kecuali melibatkan perkhidmatan penting, dan yang paling penting, larangan terhadap perhimpunan beramai-ramai.