Skip to main
Logo Malaysiakini

Pahang tangguh permohonan kebenaran berkahwin orang Islam

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan bahawa semua permohonan kebenaran berkahwin bagi umat Islam di negeri ini ditangguhkan serta-merta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata ia juga mencadangkan agar majlis akad nikah yang dijadual berlangsung mulai hari ini hingga 31 Mac yang diberi kebenaran sebelum pelaksanaan perintah itu, ditangguhkan.

Bagaimanapun, Sallehuddin berkata pasangan yang masih berhasrat meneruskan majlis akad nikah perlu mendapatkan kebenaran Ketua Polis Daerah dalam bentuk Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan dan memenuhi syarat tatacara majlis.

"Majlis akad nikah hanya boleh dilakukan di premis persendirian dan tidak dibenarkan di tempat awam termasuk masjid atau surau dengan masa perjalanan majlis dipendekkan supaya tidak lebih 20 minit.

"Mereka juga disyaratkan menggunakan 'hand sanitiser' sebeluPahang tangguh permohonan kebenaran berkahwin orang Islamm dan selepas majlis akad nikah selain semua yang hadir hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon kepada wali Pahang tangguh permohonan kebenaran berkahwin orang Islamhakim atau jurunikah," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sallehuddin berkata pasangan terlibat juga perlu meminimumkan kehadiran tetamu dengan tidak melebihi 10 orang termasuk pasangan pengantin, jurunikah, wali dan dua saksi.

Kegagalan memenuhi syarat ini membolehkan wali hakim atau jurunikah menangguhkan majlis dengan kuasa Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang, katanya.

Sallehuddin berkata, semua urusan berkaitan permohonan pengesahan dan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk juga ditangguhkan sehingga 31 Mac ini, melainkan urusan secara online di www.emunakahat.pahang.gov.my.

"Selain itu, semua penganjuran kursus pra-perkahwinan di Pahang dipinda ke tarikh baharu dan penganjur yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan," katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dilaksanakan kerajaan bermula semalam hingga 31 Mac di seluruh negara bertujuan mencegah penularan baharu wabak COVID-19.

-Bernama