Skip to main
Logo Malaysiakini

Jakim kempen baca Yasin, solat hajat di rumah lawan Covid-19

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru umat Islam untuk menjayakan kempen bacaan Yassin dan solat hajat malam ini (Khamis) sebagai ikhtiar berdepan wabak Covid-19.

Melalui hantaran di media sosial rasmi Jakim, kempen itu boleh dijayakan di rumah masing-masing seluruh negara untuk memohon kepada Allah agar dunia diselamatkan daripada wabak Covid-19.

Selain itu, Jakim turut meminta umat Islam mendoakan petugas barisan hadapan yang tetap perlu menjalankan tugas mereka di kala wabak semakin merebak.

“Surah Al-Kahfi juga digalakkan dibaca malam ini.

“Anda juga bebas memilih untuk baca apa jua surah, yang penting bersama-sama kita munajat pada Allah SWT dengan penuh ketundukan agar keresahan didamaikan, kekalutan ditenangkan kesukaran dimudahkan, keperitan diringankan.

“Doakan juga petugas barisan hadapan yang sedang berjihad di medan mereka,” kata hantaran itu.

Beberapa pengguna media sosial menyokong kempen itu dan turut berkongsi poster kempen yang dikepil bersama.

“ Jom rakyat Malaysia. Moga dengan izinnya Allah SWT makbulkan doa-doa umatnya… Amin,” kata seorang pengguna.

“Assalamualaikum. Marilah bersama berdoa bersama. Doa senjata mukmin,” kongsi seorang lagi pengguna.

Setakat tengah hari tadi, 900 kes Covid-19 disahkan di Malaysia termasuk 110 kes baru hari ini.

Dua kematian dicatatkan, manakala 75 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang. Seramai 20 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

View this post on Instagram

Kempen Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan doa di rumah masing-masing seluruh negara malam ini Khamis 19 Mac 2020. Munajat agar dunia diselamatkan dari wabak covid 19 Surah Al-Kahfi juga digalakkan dibaca malam ini. Anda juga bebas memilih untuk baca apa jua surah, yang penting bersama-sama kita munajat pada Allah SWT dengan penuh ketundukan agar Keresahan didamaikan Kekalutan ditenangkan Kesukaran dimudahkan Keperitan diringankan Doakan juga petugas barisan hadapan yang sedang berjihad dimedan mereka. #malaysiabebascovid19 #dudukrumah #socialdistance #KeepCalmStayHome #covid19

A post shared by JAKIM (@myjakim) on