Ambil pengajaran dari Itali, kata Persatuan Perubatan Malaysia
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) merayu orang ramai mengambil serius perintah kawalan pergerakan dan tingggal di rumah.
Presidennya N Ganabaskaran berkata hospital tidak akan dapat menampung jika kadar peningkatan kes Covid-19 terus meningkat.
Katanya Malaysia mempunyai kemudahan dan jumlah hospital yang terhad, antaranya 135 hospital kerajaan, 210 hospital swasta, sembilan pusat perubatan khas dan 926 unit ventilator.
Membandingkan dengan keadaan di Itali yang ini mempunyai 35,713 kes, Ganabaskaran memberi amaran supaya orang ramai tidak keluar rumah.
“Jika Malaysia terus tak endahkan arahan, kes janjikan boleh meningkat sehingga sama dengan keadaan di Itali,” katanya.
Setakat hari ini, Itali mencatatkan kematian 2,978 orang manakala di Malaysia dua orang.
Ganabaskaran mencadangkan komunikasi lebih berkesan supaya rakyat Malaysia tidak keluar rumah menggunakan pelbagai bahasa.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai