Skip to main
Logo Malaysiakini

FAQ Kementerian Perpaduan Negara

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Soalan lazim Kementerian Perpaduan Negara mengenai perintah kawalan pergerakan:

1. Adakah Kementerian Perpaduan Negera akan beroperasi seperti biasa?

Ya, Kementerian masih beroperasi dengan jumlah pegawai yang minimum dan secara bergiliran.

2. Adakah semua Taska dan Tabika kelolaan Kementerian Perpaduan Negara ditutup operasinya?

Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan ditutup sepenuhnya untuk tempoh 18 hingga 31 Mac 2020. Guru diarah untuk bekerja dari rumah dan tiada cuti gantian yang perlu dilaksanakan.

3. Adakah operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) diteruskan seperti biasa?

Di mohon kerjasama semua Kawasan Rukun Tetangga di seluruh negara yang mempunyai Skim Rondaan Sukarela (SRS) menangguh semua aktiviti rondaan yang telah dirancang sehingga dimaklumkan semula.

4. Apakah peranan Rukun Tetangga dalam membantu masyarakat setempat dalam tempoh PKP ini?

Peranan Rukun Tetangga dalam tempoh PKP ini adalah:

a) Untuk menyampaikan saranan kerajaan (yang telah diwartakan oleh Jabatan Perdana Menteri, KSN dan KKM serta telah disahkan benar) melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp supaya komuniti faham istilah dan tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap individu sepanjang tempoh PKP.

b) Semua program rukun tetangga ditangguhkan sehingga terdapat arahan seterusnya

c) AJK Rukun Tetangga hendaklah memantau dari rumah (menggunakan sistem telekomunikasi, media sosial seperti whatsapp atau Facebook) tentang perkembangan komuniti dalam mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

5. Apakah kursus dan bengkel yang telah dirancang oleh Iklin akan diteruskan?

Kursus yang dirancang dalam tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

6. Adakah Jabatan Perpaduan di peringkat negeri dan daerah beroperasi seperti biasa?

Ya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di peringkat negeri dan daerah beroperasi dengan jumlah pegawai yang minimum dan secara bergiliran.

7. Adakah invois tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan akan diproses dalam tempoh PKP?

Ya, proses bayaran diuruskan seperti biasa.

8. Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah dipelawa tetapi tarikh tutupnya dalam tempoh PKP?

Tarikh tutup iklan boleh dilanjutkan ke suatu tarikh yang bersesuaian. Agensi hendaklah mengemaskini maklumat tarikh tutup/tempoh iklan baharu melalui sistem yang berkaitan (sistem ePerolehan/myGPIS).

9. Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah tamat tempoh sah laku dalam tempoh PKP?

Tempoh sah laku boleh dilanjutkan sekiranya perlu. Kelulusan perlanjutan tempoh boleh menggunakan apa jua media komunikasi yang pantas seperti emel atau lain-lain medium yang bersesuaian.

Semua tender yang dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) yang akan tamat tempoh sah laku tender mulai 18 Mac 2020 sehingga 7 April 2020 akan dilanjutkan selama 60 hari secara automatik.

10. Adakah taklimat tender atau sebut harga yang dijadualkan dalam tempoh PKP akan diteruskan?

Taklimat/lawatan tapak akan ditangguhkan ke satu tarikh selepas tempoh PKP.

Oleh itu, agensi dibenarkan melanjutkan tempoh iklan dan mengemaskini tarikh baru taklimat tender/lawatan tapak.

11. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan Kementerian Perpaduan beroperasi seperti biasa?

Tidak. Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan Kementerian Perpaduan tidak akan beroperasi sehingga 31 Mac 2020.

12. Bagaimana sekiranya terdapat keperluan untuk berhubung dengan Kementerian Perpaduan Negara berkaitan tugasan rasmi atau hal ehwal semasa berkaitan kementerian?

Sekiranya terdapat keperluan berkenaan urusan rasmi atau hal ehwal semasa berkaitan Kementerian Perpaduan Negara, orang awam boleh menghubungi nombor di bawah:

i. Bahagian Khidmat Pengurusan

Encik R Ragu a/l Rajoo M Rethinam

No.Tel : 0126867807

[email protected]


Puan Norazlin binti Mohd Nor

No. Tel: 0122738183

[email protected]

ii. Bahagian Korporat

Encik Nagarajan a/l Marimuthu

No tel : 013-770 5860

[email protected]


Puan Jasittha Ameer Hassan

No. Tel : 0193929379

[email protected]


Soalan lazim ini dikeluarkan oleh KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA.