Skip to main
Logo Malaysiakini

Usah sebar, kongsi maklumat pesakit Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat atau butiran peribadi mana-mana pesakit Covid-19.

Katanya, perbuatan sebegitu menyalahi Aktar Peurbatan 1971.

"Kamu tidak boleh mendedahkan sebarang identiti dan rekod perubatan pesakit, melainkan ianya dipersetujui oleh pesakit itu sendiri," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, di pihak pesakit pula, mereka boleh mengambil tindakan membuat laporan polis jika berpendapat ada individu yang melanggar hak privasi mereka.

Katanya, pada gelombang pertama, Kementerian Kesihatan ada mendedahkan beberapa butiran pesakit kepada orang awam tetapi ketika itu semua pesakit terbabit memberikan persetujuan untuk gambar dan sejarah mereka didedahkan.

“Persetujuan itu sangat penting, jika tidak mendapat persetujuan, ianya salah untuk dedahkan nama dan identiti pesakit.

Noor Hisham turut menjelaskan pesakit berhak sekiranya mereka mahu mendedahkan diri sebagai pesakit Covid-19.

Hal itu, katanya, dilakukan oleh pesakit kes ke-26 ketika dia mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan statusnya.

Kes-26 merupakan Pengarah Eksekutif Khazanah dan Pengerusi UDA Holdings Berhad, Hisham Hamdan. 

Jumlah kes pesakit positif Covid-19 di Malaysia meningkat sebanyak 153 sehingga tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kepada 1,183.

Dalam kes positif terbaru, 90 daripadanya berhubungan dengan kes kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]