Covid-19: Polis tingkatkan kawalan di tiga zon merah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan di zon merah iaitu Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai di sini bagi mencegah jangkitan wabak Covid-19.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata ini berikutan pergerakan awam masih tinggi di ketiga-tiga kawasan berkenaan meskipun polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusaha untuk mengurangkan pergerakan awam.
Beliau berkata pihaknya akan memantau dengan lebih kerap dan akan memperbanyakkan lagi keanggotaan dalam sekatan jalan raya serta hebahan larangan orang awam keluar rumah kecuali untuk urusan kecemasan sahaja.
"Dalam tiga kawasan ini kami minta kerjasama orang ramai kurangkan pergerakan walaupun ada yang keluar untuk keperluan penting sahaja. Kalau boleh keluar sehari sekali sudahlah. Kita nak hadkan pergerakan," katanya dalam sidang media di Balai Polis Murni di Kuala Lumpur, hari ini
Mazlan turut turun padang bagi memantau operasi sekatan jalan dilaksanakan tentera dan polis di Pasar Borong Kuala Lumpur yang sentiasa menjadi tumpuan awam dan meneruskan usaha memberikan nasihat kepada orang ramai.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai