Skip to main
Logo Malaysiakini

BNM arah bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Bank-bank diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki kad kredit, bermula 1 April.

Dalam surat kepada semua institusi perbankan hari ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew berkata matlamat langkah tersebut untuk mengurangkan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana serta individu akibat wabak Covid-19.

Untuk layak menerima kemudahan ini, pemberi pinjaman tidak boleh ada bayaran tertunggak melebihi 90 hari sebelum 1 April dan pinjaman tersebut mesti dalam bentuk mata wang ringgit.

Bank telah diarahkan untuk menyediakan pemberi pinjaman dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran balik pinjaman yang digantung akan dikendalikan semasa tempoh penangguhan dan pilihan bagi peminjam untuk meneruskan pembayaran selepas itu.

"Institusi perbankan pada umumnya dijangka akan memudahkan proses pembayaran balik dimulakan semula selepas tempoh moratorium konsisten dengan kemampuan peminjam.

"Ini termasuk menawarkan pelan bersesuaian bagi melangsaikan pembayaran balik prinsipal (bayaran pokok) dan (bunga) faedah terakru semasa tempoh moratorium, dengan mengambil kira keupayaan peminjam untuk membayar balik.

"Institusi Lembaga perbankan juga perlu memastikan individu seta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak ingin memanfaatkan penangguhan secara automatik ini boleh meneruskan membuat pembayaran dengan sedikit kesulitan," tulis Chew.

Baki kad kredit  jadi pinjaman bersyarat, kalau...

Bank Negara juga "amat menggalakkan" bank untuk memudahkan permintaan moratorium oleh peminjam korporat melalui cara yang akan membolehkan syarikat itu berdaya maju untuk mampu mengekalkan pekerjaan dan dengan pantas dapat meneruskan aktiviti ekonomi apabila keadaan kembali stabil dan bertambah baik.

"Ini juga termasuk pertimbangan bersesuaian pembiayaan tambahan untuk menyokong aliran tunai serta penjadualan semula dan penstrukturan semula kemudahan sedia ada," tulis Chew.

Bagi individu yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum untuk baki kad kredit, Bank Negara telah mengarahkan bank untuk mengubah baki itu menjadi pinjaman bersyarat.

Bank Negara akan menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk bank-bank dalam tempoh ini. Bank-bank juga digalakkan untuk mengelak daripada meningkatkan persaingan untuk deposit kerana ia akan menyebabkan pasaran dana tergendala dan pecah serta memberi kesan terhadap keadaan kredit.

[Baca berita asal]