Skip to main
Logo Malaysiakini

Pesuruhjaya Tinggi PBB gesa sekatan ke atas Korea Utara, Iran, Cuba dilonggarkan

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet menggesa sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara dilonggarkan, di tengah-tengah penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Yonhap.

Bachelet menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman web agensi itu pada Selasa (waktu tempatan) mengatakan, sekatan terhadap negara termasuk Korea Utara, Iran dan Cuba perlu dikecualikan memandangkan negara itu kini dilanda pandemik Covid-19.

"Pada masa yang sukar ini, atas alasan kesihatan awam dan hak asasi jutaan penduduk di negara berkenaan, sekatan perlu dilonggarkan atau digantung.

Beliau memberi amaran, sekatan boleh menghalang usaha mencegah penularan virus kerana negara berkenaan kekurangan peralatan dan bekalan perubatan, meningkatkan risiko jangkitan di negara jiran dan seluruh dunia.

-Bernama