Korban ke-20 selamat dikebumikan jam 11 malam
Jenazah Allahyarham Yunus Udin, 76, iaitu korban ke-20 wabak Covid-19 selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh, kira-kira jam 11, malam tadi.
Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan tersebut pada jam 9 malam diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Difahamkan pengebumian dikendalikan oleh waris arwah dengan seliaan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bantuan Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu serta anggota polis.
Persekitaran tanah perkuburan juga dikawal rapi bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga proses pengebumian selesai.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-20 Covid-19, membabitkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling.
Mangsa sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 18 Mac lalu sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 4.35 petang, semalam.
Sebagai rekod kes berkenaan menjadikan kematian kedua melibatkan rakyat Kelantan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai