Gaji isi rumah kurang RM8,000 layak dapat bantuan
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion.
Katanya, buat pertama kalinya bantuan akan turut disalurkan bukan sahaja kepada kumpulan B40 tetapi meliputi kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.
• RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
• RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
• RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
• RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas perdana menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.
Di samping itu, katanya, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Sementara para pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.
Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta.
Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Bantuan pada barisan hadapan dan pesara
Muhyiddin memberi jaminan kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial untuk memastikan kumpulan yang terdedah seperti warga tua, kurang upaya, tiada tempat tinggal dan Orang Asli, akan mendapat bantuan makanan.
Perdana menteri juga mengumumkan bahawa petugas barisan hadapan perubatan akan mempunyai elaun khas mereka dari RM400 hingga RM600 bermula April hingga akhir pandemik.
Pasukan keselamatan di barisan hadapan juga akan mendapat elaun khas sebanyak RM200 bermula dari April sehingga penularan wabak ini berakhir.
Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.
Pengecualian sewa PPR dan perumahan awam
Sementara itu, kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan.
"Manakala bagi Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa.
"Saya menyeru kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing," katanya.
Tambahnya, kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.
"Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai