Skip to main
Logo Malaysiakini

Satu lagi korban Covid-19, kes baru 159

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Malaysia mencatatkan satu lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat jangkitan Covid-19 adalah seramai 27 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 159 lagi kes baru jangkitan Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes," katanya dalam satu kenyataan.

Berkenaan kematian terbaru itu, Noor Hisham berkata mangsa berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi," katanya.

Sehingga kini, katanya, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.